Wednesday, May 7, 2008


Sejak mula dibuka pada tahun 1977, sekolah ini telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat, baik dari segi bilangan pelajar, guru dan kaki tangan serta perkembangan fizikalnya. Dari masa kesemasa sekolah juga berjaya mencipta pencapaian yang membanggakan dalam bidang sahsiah, kurikulum serta kokurikulum. Segala perubahan dan pencapaian yang membanggakan ini adalah hasil dari gabungan mantap pelbagai pihak terutama antaranya pihak pengurusan dengan kakitangan akademik serta ibubapa.

Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid, sempena nama 'Orang Besar Jajahan Kerian` pada ketika itu yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 24 Mei 1977 kerana serangan penyakit jantung. Beliau berusia 88 tahun. Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid Bin Raja Abdul Rahman JMN, SPCM, PMK, MBE, CM, WSM, MD telah dilahirkan di Durian Sebatang, Telok Anson pada 1 Julai 1909. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya menuntut di England. Pada tahun 1933 beliau talah menyertai pasukan Askar Melayu Diraja. Pada tahun 1959 beliau telah dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral dan merupakan pegawai tentera melayu yang terulung sekali. Yang Amat Mulia Raja Lope bersara dari tentera pada 13 Julai 1961. Pada 1 Mac 1963, Yang Amat Mulia telah dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak.


SENARAI PENGETUA SMKRLNR 1977-2009


1977 - 1978 : EN. ABDUL JALIL B. YUSUF
1978 - 1982 : TN. HJ. IDRIS B. MOHD BAKIR
1983 - 1986 : EN. AHMAD TAJUDDIN B. SALLEH
1986 - 1988 : TN. HJ. MUHAMMAD AMIN B. ALANG ENDUT
1988 - 1991 : TN. HJ. AHAMAD ZABIDI B.SHAMSUDDIN
1992 - 1998 : TN. HJ. ABD. WAHID B. NOK
1998 - 2000 : PN. HJH BASARIAH BT OTHMAN
2000 - 2003 : TN HJ. ABD. RAHMAN B. HARUN
2003 - 2005 : EN. ABD. RAZAK B. MOHAMMAD SALEH
2005 - 2009 : TN. HJ. MOHMAD ZAINI B. HJ ABDULLAH



4 comments:

Anonymous said...

ni anak cikgu mat isa ke?

Anonymous said...

laaaa
cikgu jasni kaa
igtkan sape la td
ciku muet rupenyer

Anonymous said...

ala cikgu
takkan blog aje
buatlah laman web sekolah
khas untuk perkembangan terbaru sekolah raja lope tercinta
boleh lah ex student contact each other.

majulah cikgu untuk student raja lope !!!!

yeah..........

Jasni Isa said...

InsyaAllah akan cikgu usahakan..terus kan menyokong SMKRLNR..